DOA MENUNTUT ILMU..
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik).
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mudari ilmu
yang tidak bermanfaat, hati yangtidak khusyuk, doa yang
tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang
tidak di naikkan (diterima).
mungkin kerana kita leka... sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang, 'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH, bila terpegun dengan keindahan alam, SUBHANALLAH ditutup oleh 'cantiknya', bila dikunjungi berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN, kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa... tp ingatlah agar bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata2
Doa Untuk Pelajar
Amalan Ketika Hendak Belajar
Maksudnya:
Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, Dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar, Dan tiadalah daya dan tiadalah kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar; Menurut bilangan setiap huruf yang telah ditulis (manusia) atau yang akan ditulis, terus menerus selama berkekalan abad dan berterusannya masa; wahai Tuhan Semesta Alam.
Maksudnya: Ya Allah! bukakanlah kepadaku hikmah
(ilmu kebijaksanaan) Engkau; dan kembangkanlah kepada ku rahmat
(belas kasihan) Engkau; Wahai Tuhan Yang Memilikki Segala Kebesaran dan Kemuliaan!
Maksudnya: Wahai Tuhan, lapangkanlah untukku dadak
u. Dan permudahkanlah untukku urusanku.Dan lepaskanlah kegagapan lidahku, agar mereke mengerti perkataaanku!

Maksudnya: Aku telah beriman kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal, Yang Maha Hidup dan tiada sekutu bagi-Nya.
Maksudnya: (Maka kami [Allah] telah memberi pengertian kepada Nabi Sulaiman, mengenai hukum [yang lebih tepat]; dan kepada masing-masing mereka Kami telah berikan hikmah dan ilmu. Dan Kami mudahkan gunung-gunung dan burung, semua bertasbih bersama Nabi Daud dan adalah Kami [kuasa] berbuat [demikian].)
Maksudnya: Ya Tuhan Yang Maha
Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, Ya Tuhan bagi Nabi Musa dan Harun, Tuhan bagi Nabi Nuh, Ibrahim, Isa dan Muhammad s..a.w. Muliakan aku dengan memperolehi kebagusan menghafal (mengingati) dan kecepatan memahami. Dan berikanlah akau hikmah (rahsia segala sesuatu) dan pengenalan ilmu, juga ketetapan hati, akal dan kesantunan. Wahai Tuhan semesta alam.

No comments:
Post a Comment